Quantcast
Channel: Blog.KesihatanOnline.Com (Laman Kesihatan)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 45

Embolisma Paru Paru (Aliran Darah Ke Paru Paru Menjadi Tersumbat)

$
0
0
Gambar menunjukkan sumbatan salur darah ke paru paru oleh gumpalan darah
Gambar oleh Wikipedia

Embolisma paru paru ialah masalah dimana aliran darah ke paru paru menjadi tersumbat. Sumbatan ini biasanya disebabkan oleh gumpalan darah yang berasal daripada kaki (Deep Venous Thrombosis -DVT). Gumpalan darah daripada kaki ini pergi ke jantung dan seterusnya ke paru paru menyebabkan sumbatan tersebut. Antara sebab lain mengapa berlakunya sumbatan tersebut ialah gumpalan darah yang terbentuk pada jantung sebelah kanan selepas tragedi infark, jangkitan kuman pada injap jantung sebelah kanan, emboli lemak daripada tulang (tulang patah), air daripada rahim ibu mengandung, sel kanser, parasit.

Faktor penyumbang lain lain:

  • Pembedahan yang baru berlangsung
  • Thrombophilia (gejala darah beku)
  • Tulang kaki patah
  • Terlalu lama baring di katil/kurang bergerak
  • Kanser
  • Mengandung, atau bersalin
  • Rekod embolisma lampau
Simptom simptom
  • Sesak nafas
  • Rasa sakit sewaktu tarik nafas (pleuritic pain)
  • Batuk berdarah
  • Pening kepala
  • Pengsan
Tanda tanda
  • Badan panas
  • Muka biru
  • Nafas laju
  • Degupan jantung laju
  • Tekanan darah rendah
  • Urat leher timbul
  • Sakit sewaktu tarik nafas
  • Bunyi kertas bergesel (pleural rub) jika didengar dengan stetoskop
  • Dada masuk air (Pleural effusion)
  • ECG menunjukkan gelombang T yang terbalik pada elektrod V1-V4
  • ECG menunjukkan sindrom SiQiiiTiii yang klasikal

Bacaan ECG menunjukkan jantung berdegup laju akibat sumbatan arteri paru paru (Pulmonary artery)
Gambar dari Wikipedia

Rawatan
Rawatan ialah dengan memusnahkan gumpalan darah tersebut dengan serta merta dengan menggunakan ubat yang amat kuat iaitu alteplase, RTPlase. Heparin, ubat elakkan darah bergumpal juga perlu diberikan untuk mengelakkan darah bergumpal dan seterusnya mengelakkan aliran darah ke paru paru tersumbat. Penapis Vena Cava (VC filter) juga perlu dipasang bagi mengelakkan gumpalan darah yang sedia terbentuk dari mengalir ke paru paru. Gumpalan darah tersebut akan terperangkap dalam penapis tersebut. Pesakit yang tinggal di hospital dalam tempoh yang lama perlu dipakaikan stokin yang ketat bagi mengelakkan terbentuknya gumpalan darah di kaki.

Gambar menunjukkan penapis (VC filter) yang dimasukkan ke dalam salur darah bagi mengelakkan salur darah ke paru paru dari tersumbat
Gambar dari Wikipedia


Viewing all articles
Browse latest Browse all 45