Salam sejahtera.
KesihatanOnline hari ini ingin berkongsi berkenaan sejenis penyakit yang sering melanda kanak kanak kecil, terutamanya yang berusia bawah 1 tahun iaitu serangan virus RSV (Respiratory Syncytial Virus). Sebanyak 60% kanak kanak didapati menghidap penyakit ini antara usia 2 hingga 3 tahun.
Penyakit RSV biasanya menjangkiti manusia sewaktu musim hujan.
Virus RSV hanya menyebabkan selesema, batuk, demam dan sengal badan dalam orang dewasa. Dan sebahagian orang dewasa ada yang tidak merasakan apa apa masalah pun sepanjang jangkitan. Namun, dalam kanak kanak, virus ini adalah satu ancaman yang amat besar.
Kanak kanak yang menghidap jangkitan RSV sebaliknya mempunyai tanda dan simtom yang lebih merbahaya. RSV boleh menyebabkan radang terhadap liang paru paru (bronchiolitis). Radang yang amat serius menyebabkan asma dan sesak nafas pada bayi tersebut. Dan apa yang lebih teruk ialah, walaupun bayi yang mendapat jangkitan ini boleh membina imuniti melawan virus ini, namun, imuniti yang terhasil adalah sebentar sahaja. Bayi yang menerima jangkitan ini boleh mendapat jangkitan yang sama berulang ulang kali.
Gambar menunjukkan paru paru yang dijangkiti RSV (respiratory Syncytial Virus). Paru paru mengalami radang dan membentuk x-ray yang lebih keputihan. |
Jangkitan RSV biasanya berlaku dalam bayi yang mempunyai imuniti yang rendah dan dalam bayi yang dlahirkan pramatang. Bayi pramatang mempunyai paru paru yang tidak sihat, lembab dan kurang pengudaraan. Oleh sebab itu, paru paru ini mudah mendapat jangkitan.
Virus RSV tidak mempunyai kaedah pencegahan khusus. Namun, langkah pencegahan dalam bayi pramatang dan bayi yang mempunyai imuniti rendah boleh dijalankan dengan menggunakan ubat Paliviizumab (yang mahal).
Disebabkan rawatan khusus tidak wujud, rawatan tidak khusus dijalankan dengan menggunakan 3% HS (hypertonic saline) sejenis larutan garam yang dimasukkan ke dalam paru paru melalui alat sedut nafas (nebulizer). Ubat Salbutamol digunakan bagi mengelakkan salur udara mengecil bagi mengelakkan tanda asma.