Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang perempuan akan kehilangan darah. Tempoh pembiakan seseorang perempuan dicirikan dengan perubahan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritma ini dikenali sebagai kitaran haid.
Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, ovum akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj.
Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadang kala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang biasa ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang biasa dan sihat ialah antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.
Purata kitaran haid ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus perempuan yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi perempuan yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 mililiter. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.
Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah antara 60 hingga 200 mililiter.
Sesetengah perempuan akan mengalami simptom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Dalam tempoh tersebut, wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.
Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan perempuan. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh perempuan tersebut. Mereka yang mengunjungi kedai farmasi akan ditemu bual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada perempuan berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temu bual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.
Wanita mula mengalami haid dan merupakan tahap akhir bagi kematangan bagi wanita. Usia purata awal haid bagi manusia adalah 12 tahun, tetapi biasanya antara usia 8 hingga 16. Faktor seperti keturunan, permakanan dan kesihatan keseluruhan mungkin mempercepat atau melambatkan awal haid.[1] Pengakhiran kitaran haid pada akhir usia pembiakan wanita dikenali sebagai putus haid (menopause). Usia putus haid bagi wanita adalah 51 tahun, dengan tempoh antara 40 dan 58 adalah perkara biasa. Putus haid sebelum usia 35 dianggap pramatang. Usia putus haid kebanyakannya disebabkan warisan; bagaimanapun, penyakit, sesetengah pembedahan, atau rawatan perubatan mungkin menyebabkan putus haid berlaku lebih awal.[2]
Tempoh kitaran haid biasanya berbeza, dengan sesetengah kitaran pendek dan sesetengah kitaran lebih panjang. Wanita yang mengalami perbezaan kurang dari lapan hari antara tempoh kitaran terpanjang dan terpendek dianggap sebagai mempunyai kitaran haid yang tetap. Ia adalah luar biasa bagi wanita mengalami perbezaan kitaran haid kurang dari empat hari. Perbezaan antara lapan dan 20 hari dianggap serdahana tidak tetap. Perbezaan antara 21 hari atau lebih dalam tempoh kitaran haid terpanjang dan terpendek dianggap tidak tetap.[3]
Kitaran haid dikira dari hari pertama aliran haid, disebabkan permulaan haid selari dengan kitaran hormon. Kitaran haid mungkin dibahagi kepada beberapa fasa, dan tempoh setiap fasa berbeza bagi wanita dengan wanita lain dan dari kitaran dengan kitaran. Nilai purata diberikan di bawah:
Nama fasa | Hari |
fasa haid | 1–4 |
fasa follicular (juga dikenali sebagai fasa proliferative) | 5–13 |
ovulasi (bukan fasa tetapi kejadian membahagi fasa) | 14 |
fasa luteal (juga dikenali sebagai fasa rembesen (secretory) | 15–26 |
fasa ischemik (sesetengah sumber mengumpulkan fasa ini dengan fasa rembesen) | 27–28 |
Semasa fasa follicular, lapisan Endometrium pada uterus menebal, dirangsang oleh peningkatan jumlah estrogen. Follicles dalam ovari mula membentuk di bawah pengaruh gabungan rumit hormon, dan selepas beberapa hari satu atau dua folikel (follicles) menjadi dominan (folikel lain menjadi pengun dan mati). Folikel dominan membebaskan ovum atau telur dalam kejaidan yang dikenali sebagai ovulasi. (Sebiji telur yang disenyawakan dengan spermatozoon akan menjadi satu zigot, mengambil masa satu hingga dua minggu untuk bergerak ke bawah melalui tiub fallopio sehingga ke uterus. Jika telur tidak disenyawakan dalam tempoh sehari selepas ovulasi, ia akan mati dan diserap oleh badan wanita.[4]) Selepasa ovulasi baki folikel dalam ovari membentuk corpus luteum; ia mempunyai fungsi utama bagi menghasilkan sejumlah besar progesterone. Di bawah pengaruh progesterone, lapisan uterus endometrium bertukar untuk kemungkinan pembenihan embrio bagi kehamilan. Sekiranya pembenihan tidak berlaku dalam tempoh dua minggu, corpus luteum akan mati, menyebabkan kejatuhan merudum dalam paras progesterone dan estrogen. Kejatuhan hormon ini menyebabkan uterus meluruhkan lapisannya dalam proses yang dikenali sebagai haid.