Ekzema atopik, juga dikenali sebagai dermatitis atopik, adalah jenis ekzema yang paling biasa berlaku. Ia berlaku terutamanya kepada kanak-kanak, tetapi boleh juga berlaku dalam orang dewasa. Ekzema adalah keadaan yang menyebabkan kulit menjadi gatal, merah, kering dan retak. Ia adalah merupakan masalah kronik (yang berlaku dalam jangka masa yang berpanjangan).

Ekzema atopik biasanya berlaku di kawasan yang mempunyai lipatan kulit, seperti:
- belakang lutut
- bahagian dalam siku
- sisi leher
- di sekeliling mata dan telinga
Ekzema atopik boleh berubah-ubah tahap dan kebanyakan orang hanya mengalami ekzema tahap rendah. Gejala ekzema yang teruk termasuk kulit menjadi retak, kulit menjadi sakit dan pendarahan kulit.
Penghidap ekzema atopik biasanya melalui waktu dimana gejala adalah kurang ketara dan rawatan tambahan tidak diperlukan, dan waktu dimana gejala adalah amat ketara, meluap luap menjadi sangat teruk, yang memerlukan rawatan tambahan dengan segera
Apa yang menyebabkan ekzema atopik?
Punca sebenar ekzema atopik adalah tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia selalunya berlaku dikalangan orang yang mengalami alahan ("atopik" bermaksud sensitif terhadap alergen). Ekzema atopik boleh berlaku dikalangan ahli dalam satu keluarga sekaligus dan sering kali berlaku bersama sama penyakit alahan lain seperti asma dan demam alergi.
Merawat ekzema atopik
Ekzema atopik biasanya akan hilang sendiri apabila kanak kanak yang mengalaminya semakin membesar dewasa. Dalam kira-kira 53% daripada semua kes, ekzema atopik hilang sendiri sebelum kanak-kanak mencapai usia 11 tahun, dan dalam 65% daripada semua kes, ekzema atopik hilang sendiri sebelum usia menjejak 16 tahun.
Pelbagai jenis rawatan boleh digunakan untuk mengawal gejala-gejala dan merawat ekzema, termasuk ubat-ubatan dan panjagaan diri
Rawatan utama adalah:
emolien (rawatan pelembap) - digunakan pada setiap masa untuk mengelakkan kulit kering
kortikosteroid topikal (ubat sapu)- digunakan untuk mengurangkan bengkak dan kemerahan
Siapa yang terkesan?
Kira-kira satu dalam lima kanak-kanak mempunyai ekzema. Dalam 8 daripada 10 kes, ekzema atopik berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun. Ramai kanak-kanak mendapat penyakit ini sebelum ulang tahun pertama kelahiran mereka.
Bilangan individu menghidap ekzema atopik telah meningkat dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Ini mungkin disebabkan oleh perubahan gaya hidup atau persekitaran yang menyebabkan ekzema semakin menjadi jadi, atau mungkin juga kerana doktor doktor pada masa kini lebih sedar tentang kewujudan penyakit ini menyebabkan lebih banyak kes dilaporkan.
---
Gejala-gejala ekzema atopik selalu hadir. Mereka boleh menjadi lebih teruk semasa serangan dermatitis, yang memerlukan rawatan tambahan. Gejala termasuk kulit gatal, kering dan merah yang mungkin pecah atau retak. Ekzema atopik boleh berlaku di seluruh badan dan yang paling biasa:
- bayi - pada muka dan kulit kepala, dan pada tangan dan kaki
- di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak - pada tangan atau di sekitar sendi di bahagian tangan dan kaki, seperti bahagian dalam siku atau belakang lutut
- LIHAT GAMBAR DI ATAS SEKALI UNTUK MELIHAT TEMPAT EKZEMA TERJADI
Penghidap ekzema atopik yang tidak serius biasanya mempunyai kawasan kecil kulit kering yang kadang-kadang gatal. Dalam kes-kes yang lebih teruk, ekzema atopik boleh menyebabkan kulit kering semakin menjadi jadi, menyebabkan gatal-gatal yang berterusan dan cecair meleleh di tempat garu.
Menggaru boleh mengganggu tidur anda dan menjadikan kulit anda berdarah. Ia juga boleh membuat gatal menjadi lebih teruk seterusnya menyebabkan pengidap menggaru dengan lebih dasyat dan kitaran ini menjadikan keadaan pengidap ekzema atopic semakin parah. Pada kanak-kanak, masalah ini boleh membawa kepada tidur yang tak lena dan sukar menumpukan perhatian di sekolah. Menggaru juga menyebabkan kawasan garu tersebut mudah dijangkiti bakteria (biasanya Staphylococcus aureus)