Apakah rinitis alergi?
Rinitis alergi, sering dipanggil selesema alahan atau demam hay, berlaku apabila sistem imun anda terlalu sensitif kepada zarah dalam udara yang anda sedut. Anda alah kepada sesetengah jenis zarah dalam udara, menyebabkan selesema. Sistem imun menyerang zarah yang anda sedut melalui hidung, menyebabkan gejala-gejala seperti bersin dan hidung berair (selesema). Zarah zarah yang menyebabkan alahan ini dipanggil alergen, yang bermakna ia boleh menyebabkan reaksi alergi. Anda juga boleh mendapat masalah-masalah lain seperti resdung dan jangkitan telinga akibat daripada alahan anda.
Apakah tanda-tanda rinitis alergi?
Dalam kebanyakan kes, apabila anda mempunyai Rinitis alahan:
- Anda bersin berulang ulang, terutamanya selepas bangun pagi.
- Anda mempunyai hidung berair. Air yang keluar dari hidung yang disebabkan oleh alahan biasanya lutsinar dan cair. Tetapi ia boleh menjadi lebih likat dan keruh atau kuning jika anda mengidap jangkitan hidung atau sinus pada waktu yang sama yang berpunca daripada hidung berair tersebut.
- Mata anda berair dan gatal.
- Telinga, hidung, dan tekak yang gatal.
Alergen yang biasa menyebabkan rinitis alergi?
Anda mungkin tahu bahawa debunga daripada pokok-pokok, rumput, dan rumpai menyebabkan rinitis alergi. Ramai orang mempunyai alahan kepada habuk hama (dust mite), bulu binatang, lipas, dan lain lain. Alergen di tempat kerja, seperti bijirin, habuk kayu, bahan kimia, atau haiwan makmal, juga boleh menyebabkan rinitis alergi.
Jika anda alah kepada debunga, anda mungkin mempunyai tanda tanda alergi hanya pada masa-masa tertentu dalam setahun (musim berbunga, musim buah). Jika anda alah kepada hama habuk anda mungkin mempunyai tanda tanda alergi sepanjang masa.
Bagaimanakah rinitis alergi didiagnosis?
Untuk mengetahui jika anda mempunyai sebarang alahan, doktor akan bertanya tentang tanda tanda yang anda alami dan memeriksa anda. Mengetahui tanda-tanda alergi, bila anda mendapatkan alergi tersebut, dan apa yang membuatkannya lebih teruk atau lebih baik boleh membantu doktor untuk mengenalpasti punca alergi tersebut.
Jika anda mempunyai tanda tanda yang teruk, anda mungkin perlu menjalani ujian alahan untuk mengetahui punca sebenar penyebab alahan tersebut.
Doktor anda mungkin melakukan ujian kulit (skin prick test). Dalam ujian ini doktor anda meletakkan (mencucuk) sedikit alergen ke dalam kulit anda untuk melihat jika ia menyebabkan reaksi alergi.
Doktor anda juga boleh menjalankan ujian makmal. Ujian-ujian ini dilakukan untuk melihat bahan-bahan yang menyebabkan alergi.
Doktor mencucuk bahan alergen ke dalam kulit. Tindak balas alergik adalah seperti yang dibawah (kulit berbintat)
Bagaimana ia dirawat?
Tiada penawar untuk rinitis alergi. Salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah untuk mengelakkan perkara-perkara yang menyebabkan alahan. Anda mungkin perlu membersihkan rumah menggunakan vacum dengan kerap untuk menghilangkan debu, bulu binatang, dan lain lain. Atau anda mungkin perlu tinggal di dalam rumah apabila musim pendebungaan berlangsung.
Jika anda tidak mempunyai asma, biasanya anda boleh mengambil ubat ubat 'over the counter' seperti anti-histamine yang tidak memerlukan preskripsi doktor untuk merawat segala tanda tanda alergi anda di rumah. Jika anda mempunyai asma, berbincanglah dengan doktor anda terlebih dahulu kerana asma biasanya tidak dapat dirawat tanpa ubat preskripsi yang ditulis oleh doktor.
Jika alahan anda mengganggu anda secara serius dan anda sukar untuk membuang atau membasmi bahan alergi tersebut, anda boleh mendapatkan rawatan alergi (imunoterapi) untuk membantu mengawal tanda tanda penyakit anda. Terlebih dahulu, doktor perlu tahu apakah jenis alergen yang menyebabkan reaksi alergi pada badan anda dengan menjalankan ujian seperti yang dibincangkan sebelum ini. Mencari rawatan yang paling sesuai untuk anda kadang kalam mengambil masa yang agak lama. Jadi pesakit perlu bersabar dalam proses rawatan.