Quantcast
Channel: Blog.KesihatanOnline.Com (Laman Kesihatan)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 45

Haid Terhenti (Tak Datang Bulan) - Amenorrhoea

$
0
0
Haid terhenti adalah satu petanda bahawa seorang wanita itu hamil. Walau- bagaimanapun, bukan semua wanita yang tidak datang bulan itu mengandung. Ada yang mengadu tidak datang bulan dan ujian kehamilan juga negatif pada waktu yang sama.



Tidak datang bulan

Istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan "tidak datang bulan" adalah amenorrhoea. Wanita biasanya tidak datang bulan sebelum baligh, semasa hamil, atau selepas putus haid. Jika seorang wanita tidak datang bulan pada waktu yang sepatutnya (selain daripada situasi yang disebut tadi), ia mungkin berpunca daripada masalah perubatan yang perlu dirawat.

Terdapat dua jenis amenorrhoea: amenorrhoea primari dan amenorrhoea sekondari. Amenorrhoea primary ialah istilah yang digunakan pada seorang wanita muda yang masih tidak datang bulan pada usia 16 tahun. Amenorrhoea sekondari ialah apabila seorang wanita yang mempunyai kitaran haid yang normal selama 6 bulan atau lebih secara tiba tiba berhenti period.

Apa yang menyebabkan amenorrhoea?

Amenorrhoea boleh disebabkan oleh perubahan dalam organ badan, kelenjar, dan hormon yang terlibat dalam kawal atur haid.

Punca amenorrhoea yang paling utama termasuk:


  • Kegagalan ovari, organ seks wanita yang menghasilkan telur. 
  • Masalah dalam sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) atau kelenjar pituitari (kelenjar dalam otak yang menghasilkan hormon yang terlibat dalam haid). 
  • Organ pembiakan yang rosak. 


Sebab-sebab biasa amenorrhoea sekondari (apabila seorang wanita yang telah mempunyai tempoh haid normal berhenti mengalami period) termasuk:


  • kehamilan 
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Menghentikan penggunaan kontraseptif 
  • menopause 
  • Beberapa kaedah perancangan keluarga


Sebab-sebab lain termasuk:


  • Tekanan perasaan
  • pemakanan yang tidak seimbang
  • kemurungan 
  • ubat-ubat tertentu 
  • Penurunan berat badan yang melampau 
  • terlebih bersenam 
  • penyakit kronik
  • Kenaikan badan secara tiba-tiba atau berlebihan berat badan (obesiti) 
  • sindrom ovari polisistik (PCOS) 
  • Gangguan kelenjar tiroid 
  • Tumor pada ovari atau otak (jarang berlaku). 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 45