Quantcast
Channel: Blog.KesihatanOnline.Com (Laman Kesihatan)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 45

Darah Istihadah / Darah Tidak Menentu / Irregular Bleeding

$
0
0
Darah istihadah ialah darah wanita yang keluar pada waktu yang bukan dalam tempoh darah haid. Darah istihadah boleh disebabkan oleh masalah hormon dan masalah organik (masalah fizikal). Masalah hormon boleh menyebabkan pendarahan kerana hormon yang tidak stabil menyebabkan ovum tidak dapat matang (ovulation) dan seterusnya menyebabkan ia tidak dapat keluar dari ovari ke rahim.

1. Tiub falopian, 2. Pundi kencing, 3. Tulang simfisis, 4. Dinding vagina, 8. Ovari, 10. Uterus (rahim), 13. Rektum


Sekiranya ovum tidak dapat matang dan terperangkap di dalam rahim, ia menyebabkan hormon estrogen keluar dari sekitar ovum tersebut dan mengalir ke dalam darah. Estrogen ini memberi kesan kepada dinding rahim menyebabkannya lebih tebal namun tidak tahan lama, menyebabkan ia luruh sedikit demi sedikit dan menyebabkan apa yang dipanggil darah istihadah. Masalah ini yang dipanggil "unovulatory dysfunctional uterine bleeding" berlaku biasanya pada wanita pada awal baligh atau mendekati waktu menopaus.

Pendarahan yang berlaku di atas bukanlah terlalu serius. Jenis pendarahan yang kedua dan yang lebih serius ialah pendarahan yang berlaku kerana ketidak normalan yang berlaku pada rahim. Jenis pendarahan ini adalah lebih serius. Pendarahan yang berlaku kerana korasakan pada rahim adalah lebih merbahaya kerana biasanya pendarahan jenis ini adalah dikaitkan dengan penyakit organik (penyakit fizikal). Antara yang menyebabkan pendarahan jenis 'organik' ini ialah:


  1. Myoma (sejenis ketumbuhan biasa yang menyebabkan bonjolan pada rahim)
  2. Adenomyosis (Ketumbuhan biasa yang timbul dalam dinding otot rahim)
  3. Endometrial polyps (bonjolan pada lapisan paling luar rahim)
  4. IUCD (sejenis alat pencegah kehamilan yang dipasang ke dalam rahim)
  5. Radang yang berlaku dalam pinggul (Pelvic inflammatory disease)
  6. Kanser serviks atau uterus (sangat merbahaya)
  7. Tumor yang menyebabkan penghasilan hormon seperti granulosa tumor di ovari 
  8. Kesan luka (terhasil sewaktu hubungan kelamin)
  9. Terdapat sambungan arteri dan vena di dalam vagina (AV malformation) - jarang berlaku

Gambar di atas menunjukkan uterus yang telah dibelah untuk mengeluarkan myoma (ketumbuhan biasa dalam dinding otot rahim)


Gambar di atas menunjukkan uterus yang telah diijahit setelah mengeluarkan myoma (ketumbuhan biasa dalam dinding otot rahim)

Selain daripada punca punca yang disebutkan di atas, masalah pendarahan istihadah (darah penyakit) juga boleh disebabkan oleh penyakit sistem  badan seperti:
  1. Diabetes (kencing manis)
  2. Hypertiroid @ hypotiroid (tinggi kandungan tiroid dalam darah atau sebaliknya)
  3. Tinggi kandungan prolaktin dalam darah
  4. Masalah kelenjar atas ginjal (adrenal gland)
  5. Masalah pada proses pembekuan darah (hemostasis)
  6. Masalah buah pinggang
  7. Pengambilan ubat ubatan tertentu
Tidak juga dilupakan, pendarahan luar biasa juga boleh berlaku dalam wanita yang mengandung. Jadi semestinya wanita yang mengalami pendarahan perlu dipastikan status samada mengandung atau pun sebaliknya.

Rawatan
Rawatan untuk masalah darah istihadah adalah berdasarkan puncanya. Dalam wanita yang mengalami masalah pendarahan berpunca daripada hormon yang tidak stabil dan ovum yang tidak matang (tidak mengalami ovulation), rawatan dengan menambah hormon progesteron adalah sangat sesuai kerana progesteron memastikan dinding rahim kekal tanpa meluruh. Ini dapat menyekat pendarahan dari berlarutan. Sekiranya pendarahan berlaku dengan teruk, Goserelin boleh digunakan untuk mengurangkan pendarahan, namun ubat jenis ini perlu dielakkan dalam yang mengalami penyakit gastrik. Mefenamic acid (Ponstan) yang menghasilkan prostaglandin F lebih berbanding prostaglandin E dapat mengelakkan pendarahan yang berlanjutan. Prostagandin F, berbeza daripada Prostaglandin E kerana ia menyebabkan salur darah mengecut dan menghentikan darah.

Sekiranya ubatan tidak mampu menghentikan darah, doktor akan mencuba mengikis dinding rahim dan memanaskannya (ablation) agar darah dapat berhenti. Prosedur ini amat berkesan. Namun sekiranya prosedur ini masih tidak dapat menyelesaikan masalah, terpaksalah doktor melakukan histerektomi (memotong keseluruhan rahim)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 45