Quantcast
Channel: Blog.KesihatanOnline.Com (Laman Kesihatan)
Viewing all articles
Browse latest Browse all 45

Tidak Sedarkan Diri (Lalok / Half Conscious)

$
0
0
Masalah lalok memang kadang kadang berlaku kepada kita. Bila kita baru bangun dari tidur, bila kita baru lepas melakukan aktiviti yang sangat menggunakan tenaga, bila kita sesak nafas dan dalam banyak lagi situasi lain. Masalah lalok @ kurang sedar boleh membawa tanda bagi masalah kecil dan masalah besar kedua duanya sekali.

Masalah lalok boleh berpunca akibat kurangnya bekalan darah sampai ke otak. Ini berlaku dalam individu yang mempunyai tekanan darah yang rendah ataupun yang mempunyai kecederaan dalam tisu otak. Masalah lalok juga boleh berpunca daripada pengambilan dadah, ubat ubatan, alkohol dan lain lain.

Gambar hiasan: seorang bayi sedang tidur
Gambar dari Wikipedia

Masalah lalok dapat dibahagikan kepada 2 bahagian besar iaitu Kuantitatif dan Kualitatif. Masalah lalok kuantitatif bermaksud lalok itu mengurangkan waktu sedar dan mebanyakkan waktu tidur @ tidak sedar tanpa menjejaskan kualiti kesedaran seseorang sewaktu dia sedang terjaga. Ini dapat dilihat dalam situasi berikut:
  1. Somnolentia - sejenis sindrom yang dimanifestasikan oleh banyaknya tidur,rasa mengantuk, rasa mamai, tidak dapat memberi idea dengan baik, penat selalu dan berfikir yang dipermukaan dan kurang detail.
  2. Sopor - sejenis sindrom yang menerangkan sifat orang yang rasa mengantuknya lebih dalam dan selalu tidur. Orang ini sangat susah untuk dikejut tetapi masih boleh bangun apabila dikejut. Setelah dikejut ia akan bangun tetapi dalam keadaan yang separa sedar. Selepas mengejutkan pesakit ini, dia akan tidur kembali
  3. Koma - sejenis keadaaan dimana pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan tetap tidak bangun walaupun dikejutkan. Reflex Babinski dapat dilihat dalam pesakit ini.
Gambar menunjukkan bacaan EEG sewaktu tidur
Gambar dari Wikipedia

Pecahan lalok yang ke dua ialah masalah lalok Kualitatif. Masalah kualitatif ialah masalah yang melibatkan kualiti sewaktu dalam keadaan berjaga. Tempoh masa berjaga dalam individu ini mungkin tidak berkurangan akan tetapi kualiti berjaga itu sendiri berubah. Antara yang dapat disenaraikan adalah seperti yang berikut:
  1. Delirium - Orang yang mengalami masalah delirium mempunyai masalah konfius dengan perkara yang berlaku di sekelilingnya. Dia tidak sedar dimanakah dia sedang berada, dengan siapa dia bercakap, tarikh hari waktu ditanya dan lain lain, yang mana tahap tidak ter orientasi itu bergantung kepada keseriusan tahap kesihatan individu tersebut.
  2. Obnubilation - Adalah lalok yang berlaku secara tiba tiba. Contohnya, orang yang mempunyai masalah ini, apabila dia hendak ke Melaka dari Seremban, tiba tiba, sedar sedar dia sudah berada di Selangor, dan apabila ditanya bagaimana dia boleh berada di Selangor, dia sendiri tidak ingat bagaimana dia boleh sampai di Selangor.
  3. Depersonalization - Suatu perasaan yang seseorang itu tidak berpijak di alam nyata. Dia merasakan seperti bermimpi dan tertanya tanya, siapakah dirinya itu, dan apakah dunia ini nyata atau mimpi. Biasanya ia boleh disebabkan oleh penat, keracunan, schizophrenia dan sawan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 45